
WANITA NYARIS MAUT, KERETA TERBABAS REMPUH BESI PEMBAHAGI JALAN
JASIN 15 Disember – Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh besi pembahagi jalan di Jalan Kesang – Durian Tunggal, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang merupakan seorang pesara bank berusia 51 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan dan kaki.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Naza Suria sedang dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menghala ke Kesang Pajak.
Katanya, ketika melalui lokasi iaitu menuruni jalan berbukit, kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar besi pembahagi jalan.
“Akibat kemalangan, mangsa telah mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TRADISI LIMAU MANDARIN KUKUHKAN SILATURAHIM DI MASJID TANAH
LENDU 14 Februari - Sekotak limau mandarin sebagai tanda ingatan mencipta suasana penuh muhibah di Pekan Masjid Tanah. Inisiatif itu...
MELAKA PILIHAN PEMAJU HARTANAH
PAYA RUMPUT 14 Februari - Peningkatan jumlah syarikat pemaju perumahan yang bertapak di Melaka secara tidak langsung membuktikan negeri ini...
SURI RUMAH DI PAYA RUMPUT ‘DILINDUNGI’
PAYA RUMPUT 14 Februari - Suri rumah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara golongan yang mendapat...
MELAKA SASAR KADAR PEMILIKAN RUMAH MENINGKAT 88 PERATUS MENJELANG 2030
PAYA RUMPUT 14 Februari - Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan agenda pemilikan rumah rakyat sebagai keutamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri...
RAKYAT PAYA RUMPUT BERSYUKUR MILIKI KERAJAAN PRIHATIN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Rata-rata rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput meluahkan rasa syukur kerana memiliki...
PAYA RUMPUT LANCAR TABUNG AMAL PENDIDIKAN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Tabung Amal Pendidikan Paya Rumput bakal diperkenalkan sebagai antara usaha memperkasa kebajikan pendidikan anak-anak di...
