
Warga emas maut dalam kemalangan dua motosikal
BATU BERENDAM 19 Mei – Seorang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Dato Mohd Zin, berhampiran sebuah pasar raya, di sini, pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.35 pagi itu, mangsa, Tan Tong, 74, yang beralamat di Taman Mas Merah, Batu Berendam, maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal Yamaha SRX(K) yang ditunggang mangsa telah melanggar sebuah lagi motosikal yang ditunggang penjual ayam berusia 27 tahun dari arah belakang.
Katanya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa telah jatuh dan disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.
“Penjual ayam yang tidak mengalami kecederaan turut dibawa ke Hospital Melaka untuk diambil darah bagi menjalankan analisa kimia,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan memandangkan tiada saksi bebas dan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENDUDUK SYUKUR JALAN BAHARU PERMUDAH AKSES HARIAN
RIM 15 Februari - Penduduk sekitar Simpang Kerayong dan Kampung Chinchin menyambut baik pembinaan jalan baharu menghubungkan Persimpangan Rim ke...
BOMBA MELAKA PERGIAT PEMERIKSAAN KESELAMATAN DI PREMIS TUMPUAN
PAYA RUMPUT 15 Februari - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka mempertingkatkan pemeriksaan aspek keselamatan di premis tumpuan...
KARNIVAL DEMI PAYA RUMPUT SATUKAN KOMUNITI DALAM SUASANA HARMONI
PAYA RUMPUT 15 Februari - Penganjuran Karnival Demi Paya Rumput menerima reaksi positif apabila rata-rata penduduk menyifatkannya sebagai medan terbaik...
TABUNG AMAL PENDIDIKAN ANAK-ANAK DUN PAYA RUMPUT DILANCARKAN
PAYA RUMPUT 15 Februari - Tabung Amal Pendidikan Anak-Anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput secara rasmi dilancarkan dengan kutipan...
BAWA SUARA, PERJUANG HAK OKU MELAKA
AYER KEROH 15 Februari - Suara dan hak orang kurang upaya (OKU) di negeri ini bakal diperjuangkan menerusi penubuhan Persatuan...
TRADISI LIMAU MANDARIN KUKUHKAN SILATURAHIM DI MASJID TANAH
LENDU 14 Februari - Sekotak limau mandarin sebagai tanda ingatan mencipta suasana penuh muhibah di Pekan Masjid Tanah. Inisiatif itu...
