
Warga emas maut kereta terjunam dari jambatan
KOTA LAKSAMANA 9 Mac – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terjunam dari Jambatan Syed Abdul Aziz di sini, pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, lelaki berusia 76 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.26 pagi dan tiba pada jam 9.35 pagi.
Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan yang terjatuh dari jambatan anggaran 20 meter.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.
JBPM Melaka memaklumkan, selepas didapati tiada sebarang unsur bahaya di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 10.29 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GERAN SEJATI MADANI KINI UNTUK PERTUBUHAN BELIA
MELAKA, 15 Mac - Kerajaan memperluas pemberian geran Sejati MADANI tahun ini kepada pertubuhan-pertubuhan belia bagi membangunkan aktiviti keusahawanan yang...
PENGAYUH BECA MELAKA TERIMA SUMBANGAN HARI RAYA
BANDA HILIR 15 Mac - Seramai 284 pengayuh beca Negeri Melaka menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Kerajaan Negeri sebagai...
KUIH TRADISIONAL BENTENG WARISAN MELAKA
BANDA HILIR 15 Mac - Kerajaan Melaka komited memastikan identiti kulinari Melaka seperti dodol dan kuih-muih tradisional tidak hilang ditelan...
MELAKA HIDUPKAN ‘RUMAH-RUMAH ALLAH’ DENGAN MAJLIS ILMU
PENGKALAN BATU 15 Mac - Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan berjumlah RM409,500 kepada 25 masjid dan 108 surau kariah di Parlimen...
‘SEKAMPUNG’ PANTAI KUNDOR SEMARAK MAKANAN TRADISI
PANTAI KUNDOR 15 Mac - Sudah lebih tujuh tahun, masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor tidak pernah lelah...
16,000 PETAK PARKIR PERCUMA DI KAWASAN MBMB SELAMA 7 HARI
AYER KEROH 15 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyediakan hampir 16,000 petak parkir percuma selama tujuh hari sempena...
