
WARGA EMAS MENINGGAL DUNIA SELEPAS AKTIVITI MENYELAM DI PULAU TIOMAN
Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mangsa, Low Choon Foi, 72, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terbaring di tepi pantai kira-kira 7.40 malam oleh rakannya, selepas mereka ke lokasi itu untuk menyelam sekitar 6.30 petang.
“Rakan mangsa kemudian mendapatkan bantuan pihak pengurusan tempat penginapan mereka untuk membawa Low ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek, sebelum beliau disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 9.20 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sharif Shai berkata pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah, dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti menyelam supaya memastikan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal berada dalam keadaan baik. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
2,000 PELAJAR ASNAF PARLIMEN TANGGA BATU TERIMA BANTUAN SEKOLAH
SUNGAI UDANG 16 Disember - Lebih 2,000 anak asnaf fakir, miskin dan mualaf di Parlimen Tangga Batu menerima bantuan persekolahan...
DR. MASSILA DINOBAT TOKOH KEPIMPINAN AI UNGGUL BERTARAF DUNIA
DURIAN TUNGGAL 16 Disember - Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin dinobatkan tokoh...
3,000 PELAJAR MELAKA KERAP PONTENG BERISIKO DITARIK KELAYAKAN TERIMA BANTUAN
PENGKALAN BATU 16 Disember - Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk menarik semula bantuan persekolahan kepada 3,000 orang pelajar Melaka yang...
MELAKA LANCAR PROGRAM TUNAS ZAID IBN THABIT, LAHIR GENERASI CELIK AL-QURAN
PENGKALAN BATU 16 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melancarkan Program Tunas Zaid Ibn Thabit bagi...
MELAKA MEMBACA LAHIR GENERASI MASA DEPAN BERILMU
AYER KEROH 16 Disember - Penganjuran Anugerah Melaka Membaca menjadi antara manifestasi komitmen Kerajaan Negeri dalam melahirkan generasi masa hadapan...
MPAG TAWAR DISKAUN, GALAK ORANG RAMAI JELASKAN KOMPAUN TERTUNGGAK
ALOR GAJAH 16 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) merekodkan sebanyak 12,030 kompaun tertunggak dengan nilai keseluruhan RM1.27 juta...
