Sorting by

×

WISMA JKM PUSAT SEHENTI SOKONGAN KEBAJIKAN NEGERI

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 4 Disember – Wisma Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka menjadi simbol komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan infrastruktur kebajikan bertaraf tinggi yang dilengkapi dengan fasiliti moden.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kerja-kerja menaik taraf wisma berkenaan membolehkan kemudahan itu dijadikan sebagai pusat sehenti (One Stop Centre) yang mampu memacu impak positif dan mengukuhkan jaringan sosial dalam masyarakat.

“Wisma JKM dilengkapi ruang kerja lebih kondusif, diharap ia menjadi pemangkin kepada warga kerja untuk terus memelihara kesejahteraan masyarakat, sekali gus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kebajikan: Melaka Prihatin, Rakyat Disantuni sempena Sambutan Hari Warga Emas, Hari OKU & Hari Kanak-Kanak serta Perasmian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Menurut Ketua Menteri, fasiliti moden dan suasana kerja yang lebih baik, Wisma JKM dijangka menjadi pusat utama sokongan kebajikan, memudahkan perkhidmatan dan menambah impak positif kepada masyarakat Melaka.

“Wisma ini menempatkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan Ibu Pejabat JKM Negeri Melaka,” katanya.

Untuk rekod Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM7.9 juta bagi kerja-kerja pembaikan serta penyelenggaraan bangunan wisma kebajikan tersebut yang mula beroperasi secara rasmi hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

235
Kongsi :
Previous post MELAKA MAHU ANJUR KARNIVAL OKU BESAR-BESARAN – AB RAUF
Next post JKM LAKSANA PROSES PEMUTIHAN, PASTIKAN BANTUAN SAMPAI KEPADA YANG BENAR-BENAR LAYAK – EXCO