Sorting by

×

WRUR: 78 PROGRAM UNTUK KANAK-KANAK HINGGA WARGA EMAS WARNAI DUN BUKIT KATIL

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

BUKIT KATIL 1 Disember – Sebanyak 78 program akan mewarnai Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil bersempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang akan berlangsung pada 7 hingga 20 Disember depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil Adly Zahari berkata, program yang dirancang adalah berkonsepkan inklusif dan menyeluruh daripada golongan kanak-kanak hingga ke warga emas.

Katanya, sehingga kini pihaknya telah menerima sebanyak 132 aduan daripada masyarakat sekitar DUN terbabit.

“Pembukaan Program WRUR DUN Bukit Katil akan dimulakan dengan aktiviti kesukanan di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Manakala majlis penutup pada 20 Disember pula akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Sepanjang dua minggu penganjuran Program WRUR itu, kita akan diadakan beberapa siri Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI, kursus melibatkan pertanian, digital dan pelbagai aktiviti menarik” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran di Konti RTM Melaka menerusi Bicara Santai Program WRUR DUN Bukit Katil, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, antara program besar yang turut dirancang pada WRUR DUN Bukit Katil adalah Hari AIDS Sedunia dan Hari Bertemu Rakyat pada 14 Disember di Melaka Mall.

Lebih istimewa lagi, jelas Adly, DUN Bukit Katil turut menawarkan hadiah sebuah motosikal buat pengunjung bertuah yang menghadiri majlis penutup program berkenaan.

“Kita harap penduduk Bukit Katil dapat memeriahkan semua program yang kita akan laksanakan nanti.

“Setakat ini persiapan untuk menghadapi WRUR DUN Bukit Katil telah hampir siap sepenuhnya dan untuk perkembangan lanjut mengenai apa sahaja majlis atau program sepanjang program nanti boleh layari Facebook rasmi Adly Zahari dan Japerun Bukit Katil,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

221
Kongsi :
Previous post TRANSFORMASI UNIMEL PACU KECEMERLANGAN GRADUAN