
WRUR ASAHAN: MPJ ANJUR ‘FUN WALK’ PUPUK GAYA HIDUP SIHAT KOMUNITI
JASIN 26 Mac – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengajak orang ramai menyertai ‘Fun Walk’ sejauh tiga kilometer sempena Program Komuniti Sejahtera @ Karnival Asahan Kampung Kita.
Acara itu diadakan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan pada 11 April di Taman Rekreasi Nyalas Permai.
Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, program itu bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk serta mengeratkan hubungan antara warga komuniti untuk bersantai.
“Penyertaan hanya RM25 dan peserta akan diberikan air, roti, beg cenderamata serta kemeja t eksklusif. Kit larian boleh diambil sehari sebelum acara iaitu pada 10 April 2026 jam 3 petang.
“Selain aktiviti berjalan, pelbagai program menarik turut diadakan sepanjang karnival bagi memeriahkan suasana dan menggalakkan penglibatan warga komuniti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi Iskandar (017-3909769) dan Farahiyah (012-6130575) selain mengimbas kod respon pantas (QR) di poster atau pautan https://forms.gle/zo4MxELpriqLFLhRA.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 April 2026 jam 4 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

