Sorting by

×

WRUR ASAHAN: SKSPS LINDUNGI PENOREH GETAH, PEKEBUN KECIL

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

ASAHAN 7 April – Semua penoreh getah dan pekebun kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan digalakkan mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memastikan kebajikan mereka lebih terjamin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, usaha itu penting memandangkan ramai dalam kalangan penoreh getah merupakan golongan bekerja sendiri yang terdedah kepada risiko ketika menjalankan pekerjaan harian.

Menurutnya, pendekatan itu turut diperkukuh menerusi kerjasama bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM) serta PERKESO dalam memberikan pendedahan dan galakan kepada peserta industri kecil getah.

“Kita buat kolaborasi bersama LGM dan PERKESO kerana penoreh getah ini majoritinya bekerja sendiri. Kita galakkan mereka mencarum di bawah skim SKSPS supaya lebih terjamin,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Program One Stop Centre (OCS) LGM sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Asahan di Balairaya Kampung Abbey, di sini, pada Isnin.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri memaklumkan, program itu turut memberi manfaat kepada lebih 80 pekebun kecil yang hadir dengan pendedahan berkaitan teknologi penorehan getah baharu serta aspek penjagaan pokok bagi meningkatkan hasil pengeluaran.

“Usaha berterusan akan dilaksanakan dengan penglibatan LGM dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam program akan datang bagi memperkukuh lagi sektor pekebun kecil di negeri ini.

“Ramai dalam kalangan mereka pernah mencarum sebelum ini tetapi ada yang tidak menyambung semula. Jadi kita galakkan supaya mereka teruskan caruman demi perlindungan masa depan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

379
Kongsi :
Previous post WRUR ASAHAN: PBT MELAKA TIDAK AMBIL RINGAN ISU SEMAK-SAMUN TANAH TERBIAR
Next post GAPAM BARU DIANGKAT PERKAMPUNGAN BUDAYA ORANG ASLI PERTAMA NEGARA