Sorting by

×

WRUR: BANGUNAN TAMBAHAN SJKC CHABAU SIAP JANUARI 2026

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

DURIAN TUNGGAL 31 Oktober – Projek pembinaan bangunan tambahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chabau, di sini, dijangka siap sepenuhnya awal tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Zahari Abd Kalil berkata, projek tersebut sepatutnya siap pada tahun ini namun berlaku sedikit kelewatan dalam penghantaran bahan binaan menyebabkan jangka masa siap terpaksa dianjakkan ke Januari 2026.

Beliau yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri memaklumkan, projek penambahan bilik darjah itu dilaksanakan secara pasang siap dan kerja-kerja sudah dimulakan sejak awal tahun ini.

“Sepatutnya projek siap tahun ini, namun berlaku kelewatan tiga bulan daripada tempoh asal disebabkan kekangan bahan.

“Kita jangka siap sepenuhnya sekitar awal tahun depan,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas sesi Town Hall Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan di Balai Raya Taman Angkasa Nuri, di sini, hari ini.

6062397629263449214
ZAHARI ketika sesi Town Hall Exco Bersama Pemimpin Masyarakat dan Hari Bersama Komuniti NADI Taman Angkasa Nuri di Balai Raya Taman Angkasa Nuri. Foto Afiq Mustaffa

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Sapiah Haron serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Zahari menjelaskan projek tersebut penting bagi menampung keperluan bilik darjah tambahan berikutan peningkatan bilangan murid di sekolah berkenaan.

“Kita harap ibu bapa dan penjaga murid sekolah tersebut dapat bersabar kerana projek tersebut dilaksanakan demi keselesaan semua pelajar di sekolah itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

547
Kongsi :
Previous post WRUR: DIDIK PENDUDUK TAMAN ANGKASA NURI CAKNA KESELAMATAN SIBER
Next post MAIM PERKASA PENDIDIKAN PINTAR DI SEKOLAH AGAMA