Sorting by

×

WRUR BEMBAN RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR KAMPUNG ASAM KUMBANG

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BEMBAN 25 Jun – Sumbangan mesin basuh dan peti sejuk, sedikit sebanyak menceriakan serta meringankan beban perbelanjaan lima keluarga di Kampung Asam Kumbang yang kerap menanggung kerugian setiap kali banjir melanda penempatan mereka.

Penduduk, Norliah Abdul Gani, 55, berkata, sejak beberapa tahun lalu dia sudah lebih 20 kali menempuh pengalaman banjir yang melanda setiap kali hujan lebat.

“Meskipun hujan lebat cuma berlarutan selama 30 minit, rumah pusaka milik saya yang berusia 52 tahun pasti dimasuki air. Selain penat terpaksa membersihkan rumah, saya juga menanggung kerugian apabila peralatan elektrik rosak akibat digenangi banjir.

“Jika berlaku banjir saya terpaksa memindahkan barangan berharga ke tempat tinggi, selain itu pada masa yang sama perlu menjaga suami yang uzur,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan barangan elektrik hasil sumbangan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Parkland Group pada program Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Dihatiku Bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, di sini, semalam.

Penyerahan sumbangan kepada penerima disempurnakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin yang diiringi Timbalannya Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Penyelaras DUN Bemban, Mohd Raziff Yakop serta Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari.

6255955982630897547
Mohd Azril.

Sementara itu seorang lagi penerima sumbangan Mohd Azril Amry Huzir, 32, berkata dia menanggung kerugian ribuan ringgit berikutan banjir menjejaskan perniagaan kanopi dan khemahnya terjejas.

“Alhamdulillah, bantuan akhirnya sampai melalui Program WRUR, semua ini menunjukkan Kerajaan Negeri amat komited menyantuni rakyat secara langsung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

467
Kongsi :
Previous post 594 MANGSA BANJIR DUN PAYA RUMPUT TERIMA SUMBANGAN
Next post KERJASAMA ILMIAH ANTARABANGSA, PERBETUL NARATIF SEJARAH MELAKA MASA LALU