Sorting by

×

WRUR: BUKAN SEKADAR DENGAR ADUAN RAKYAT, TETAPI MEDIUM PERKUKUH PERPADUAN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

DURIAN TUNGGAL 2 November – Hari Aduan Rakyat Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal meriah dengan pelbagai aktiviti bermanfaat bagi mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan penduduk di DUN berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil, berkata, selain mengalu-alukan kehadiran rakyat untuk menyuarakan aduan, turut disusun aktiviti sukan rakyat dan sukaneka melibatkan penyertaan pelbagai peringkat usia.

“Antara yang berlangsung adalah sukan tradisional baling buah kelapa, sukaneka melibatkan murid taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan murid Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dalam DUN Durian Tunggal.

“Selain Exco, Timbalan Exco yang turun padang berjumpa empat mata dengan rakyat bagi menyelesaikan masalah turut berlangsung aktiviti gubahan bunga yang dijayakan oleh Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI),” katanya.

Zahari yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pegangkutan negeri, berkata demikian ketika ditemui pada Hari Aduan Rakyat Sempena WRUR DUN Durian Tunggal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, hari ini.

Program itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Sains, Teknologi Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk  Fairul Nizam Roslan, barisan Exco, Timbalan Exco, ketua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri Melaka.

Katanya, turut berlangsung Program Jualan RAHMAH dan perkhidmatan kaunter bergerak ditawarkan Majlis Perbadaran Alor Gajah (MPAG) serta Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

466
Kongsi :
Previous post WRUR: DENGAR, SELESAI MASALAH RAKYAT
Next post WRUR: TAHAN SEBAK DENGAR KELUHAN RAKYAT