Sorting by

×

WRUR CAPAI OBJEKTIF, MUDAHKAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SUNGAI UDANG 30 Mei – Tempoh masa selama dua minggu bagi program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) memberi ruang kepada masyarakat setempat berjumpa dan menyuarakan pemasalahan secara terus kepada Kerajaan Negeri.

Sidang Kampung Bertam Ulu, Abd Rahim Hasim, berkata, inisiatif dilaksanakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjadi penghubung antara kerajaan dan masyarakat.

“Saya melihat pelaksanaan WRUR mencapai matlamat dan objektifnya apabila bukan sahaja pemimpin tetapi wakil agensi serta jabatan Kerajaan Negeri bersama-sama turun padang bagi mendengar setiap keluh kesah rakyat.

“Alhamdulillah sepanjang dua minggu mengikuti WRUR ini saya dapat lihat segala bentuk bantuan dan masalah dapat diselesaikan dengan baik.

“Bahkan banyak masalah yang sebelum ini tertangguh bukan sahaja daripada aspek kebajikan tetapi juga pertanian dapat diselesaikan,” katanya ketika ditemui selepas Jamuan Rakyat sempena WRUR Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, di Masjid Al-Ghufran Bertam Ulu, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad dan Penyelaras Japerun Sungai Udang Datuk Rais Yasin.

Menurut Abd Rahim, pembabitan menyeluruh, agensi, jabatan dan pihak berkaitan juga melancarkan lagi usaha menyelesaikan permasalahan yang dibangkitkan.

“Sepanjang berlangsungnya WRUR boleh katakan semua agensi turun padang begitu juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jadi masalah dapat dikenal pasti.

“Malah penduduk atau komuniti yang mempunyai masalah boleh terus menyuarakannya berbanding sebelum ini perlu mengambil masa dan kerenah birokrasi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

963
Kongsi :
Previous post KUASAI SEJARAH BUKAN SEKADAR UNTUK CEMERLANG SPM, TETAPI FAHAMI KEHEBATAN NEGARA
Next post TETAP PEKA, CAKNA KEBAJIKAN RAKYAT SELEPAS WRUR TAMAT