Sorting by

×

WRUR: DEEPAVALI LEBIH CERIA, 140 WARGA PARLIMEN TANGGA BATU DIHARGAI

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

KLEBANG 14 Oktober – Seramai 140 penerima diraikan menerusi agihan sumbangan berjumlah RM28,000 sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan masyarakat India menjelang perayaan Deepavali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong berkata, inisiatif itu menggambarkan dasar kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang sentiasa menekankan nilai inklusif dan kebersamaan dalam menjaga kebajikan semua lapisan rakyat.

“Majlis penyampaian sumbangan Deepavali ini menunjukkan Kerajaan Negeri merupakan kerajaan yang menjaga semua kaum.

“Bukan sahaja Deepavali, malah bagi setiap perayaan seperti Krismas, Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Penyampaian Bantuan Perayaan Deepavali Parlimen Tangga Batu 2025 bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di Kompleks Japerun Klebang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Adun Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim dan Pengarah JKM Melaka, Halyjah Muhamad.

Whatsapp image 2025 10 14 at 16.45.25
TUMINAH turut menyampaikan sumbangan Deepavali kepada penerima yang hadir.

Menurut Ban Hong, bantuan yang disalurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang bakal meraikan perayaan dan memastikan mereka turut merasai kegembiraan menyambut Deepavali.

“Komitmen Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat tidak hanya tertumpu pada musim perayaan semata-mata, sebaliknya menjadi usaha berterusan sepanjang tahun.

“Sebagai Adun kawasan, saya juga akan terus bekerjasama dengan JKM serta agensi berkaitan dalam menyalurkan bantuan tanpa meminggirkan mana-mana kaum,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

532
Kongsi :
Previous post AGENSI SEHENTI CMI TANGANI IKLAN HARAM
Next post PMR 2025 MELAKA LAIN DARIPADA YANG LAIN