Sorting by

×

WRUR: DENGAR, SELESAI MASALAH RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

DURIAN TUNGGAL 2 November – Sebanyak 100 aduan diterima daripada orang ramai pada penganjuran Hari Aduan Rakyat Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil, berkata aduan paling banyak diterima melibatkan permasalahan infrastruktur seperti isu tanah, perumahan, jalan raya dan longkang.

“Semua isu yang disuarakan kita salurkan terus kepada jabatan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agensi atau jabatan berkenaan bagi tindakan segera dan setakat ini semuanya sudah diambil tindakan bagi mencari penyelesaian.

“Contoh aduan mendapan tanah di Taman Angkasa Nuri dilapor menjejaskan 10 kediaman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Sapiah Haron sudah turun padang berjumpa penduduk bagi berbincang dan mencari penyelesaian,” katanya.

Zahari yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pegangkutan negeri, berkata demikian ketika ditemui pada Hari Aduan Rakyat Sempena WRUR DUN Durian Tunggal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, hari ini.

Program itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Sains, Teknologi Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk  Fairul Nizam Roslan, barisan Exco, Timbalan Exco, ketua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

417
Kongsi :
Previous post WRUR: KAMPUNG BERINGIN BAKAL JADI PRODUK EKO PELANCONGAN BAHARU MELAKA
Next post WRUR: BUKAN SEKADAR DENGAR ADUAN RAKYAT, TETAPI MEDIUM PERKUKUH PERPADUAN