Sorting by

×

WRUR: DUA KELUARGA HUNI RUMAH SEMPIT TERIMA KEDIAMAN BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

DURIAN TUNGGAL 30 Oktober – Memiliki kediaman sendiri amat melegakan Ismail Nayan, 53, sebelum ini terpaksa menumpang berteduh di rumah ibunya bersama 12 ahli keluarga yang lain.

Dia antara dua penerima dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal yang memperoleh manfaat menerusi pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) 2025.

Katanya, dia menghantar permohonan PPRS tujuh tahun lalu dan berasa amat gembira apabila suaranya mendapat perhatian Kerajaan Negeri seterusnya membantu dia bersama keluarga tinggal di kediaman lebih selesa.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, selepas tujuh tahun menunggu akhirnya kami sekeluarga dapat juga mereka suasana tinggal di rumah sendiri. Paling gembira adalah anak-anak, mereka kini semakin membesar jadi amat perlu bagi saya sediakan suasana lebih selesa.

“Tujuh tahun tinggal di rumah mak, berhimpit-himpit, tetapi kami tetap sabar kerana tahu bantuan daripada Kerajaan Negeri sedang diusahakan.

“Boleh saya umpamakan kepekaan Kerajaan Negeri memberikan sinar baharu buat golongan kurang berkemampuan seperti saya,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas menerima kunci kediamannya baharunya di Kampung Pulau, di sini, hari ini.

Terdahulu simbolik penyerahan rmah baharu tersebut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil bersama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman merangkap bapa angkat Kampung Pulau sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal.

Hadir sama, Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas dan kenamaan lain.

6060014339025996837

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil bersama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman serta Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas ketika menyerahkan kunci kediaman baharu kepada Fadhilah. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Program PPRS turut melegakan ibu tunggal dua anak, Fadhilah Bakhtiar@Kunasingam, 44, dari Kampung Pantai Belimbing yang jelas kelihatan teruja dan gembira kerana akhirnya menerima kunci rumah baharu selepas tujuh tahun menunggu.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri, pejabat daerah serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menjayakan projek ini. Sekarang anak-anak ada ruang sendiri kami boleh hidup dalam suasana lebih selesa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

502
Kongsi :
Previous post WRUR: TANAH PERKUBURAN ISLAM DUN DURIAN TUNGGAL ‘MESRA PENGUNJUNG’
Next post RUU TRIBUNAL ANTIBULI FOKUS KEPADA USAHA PEMULIHAN