Sorting by

×

WRUR ASAHAN: TERIMA KASIH ‘YB ALONG’, MAIM BANTU KAMI SELESA

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

ASAHAN 7 April – Nasib seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam tinggal di rumah pusaka di Kampung Hilir, Batang Melaka di sini, mendapat perhatian apabila kediaman usang itu di beri nafas baharu oleh Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Mewakili Mohd Nawi Marakumur, adik iparnya, Zana Abu Bakar, 65, berkata abang iparnya itu merupakan OKU sejak kecil dan kini berada di bawah jagaan mereka sekeluarga selepas kematian ibu yang sebelum ini menjadi penjaga utama.

Menurutnya, Mohd Nawi merupakan penerima bantuan tetap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 sebulan selain turut menerima bantuan bulanan daripada MAIM.

“Rumah yang dikemas dan dihias ini merupakan rumah pusaka. Selepas ibu mentua meninggal dunia, abang ipar tinggal di sini, manakala kami sekeluarga menetap berhampiran dan mengambil tanggungjawab menguruskan keperluan hariannya.

“Segala urusan termasuk makan, kesihatan serta rawatan di hospital diuruskan oleh keluarga kerana dia tidak mampu menguruskan diri sepenuhnya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

IMG 20260405 WA0007
ZANA.

Mengulas lanjut, Zana turut menzahirkan penghargaan khusus kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan dan MAIM yang menganjurkan gotong-royong membersihkan dan mengecat rumah, sekali gus meringankan beban keluarga.

Katanya, sokongan itu memastikan kebajikan abang iparnya terus terpelihara dan memberi semangat kepada keluarga untuk terus menjaga OKU asnaf tersebut dengan penuh dedikasi.

“Terima kasih kepada ‘Along’ dan semua sukarelawan MAIM yang sama-sama bergotong- royong membersihkan, mengecat dan membaiki kerosakan rumah pusaka ini.

“Kami sekeluarga sangat bersyukur dan berterima kasih atas bantuan yang diberikan, keprihatinan ini amat kami hargai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

364
Kongsi :
Previous post MPJ TERANGI ASAHAN DENGAN LAMPU LED, CAKNA SETIAP ADUAN RAKYAT
Next post KARNIVAL ‘SUKAN ORANG KITA’ JADI ACARA TAHUNAN, DIPERLUAS KE PERINGKAT PARLIMEN