
WRUR DUN GADEK BUKA TIRAI, FOKUS SELESAI ISU RAKYAT
GADEK 11 April – Tirai Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek secara rasmi dibuka hari ini oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Majlis pembukaan rasmi WRUR siri ke-12 itu disaksikan ribuan orang Gadek pada Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat & Perasmian Program WRUR DUN Gadek Alor Gajah Kampung Kita di Taman Sebang Gemilang, di sini, malam tadi.
Ketua Menteri turut menyaksikan penyerahan bendera WRUR daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan kepada Adun Gadek Datuk VP Shanmugam sebagai simbolik permulaan program berkenaan di DUN Gadek.
Terdahulu Ketua Menteri bersama lebih 5,000 warga Gadek menikmati jamuan Aidilfitri dan meraikan kemeriahan majlis berkenaan yang menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Pada majlis sama Ab Rauf turut menyerahkan Surat Kelulusan Tanah Kerajaan dan menyampaikan Anugerah Ikon DUN Gadek.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mustafa Musa dan Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JAMUAN AIDILFITRI TANDA TOK RAOP TAK LUPA RAKYAT KURANG MAMPU
GADEK 11 April - Penganjuran jamuan Aidilfitri di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka bukan sekadar untuk makan-makan, tetapi...
TOK RAOP AJAK ALUMNI BERSAMA-SAMA PERKASA SMK GHAFAR BABA
LENDU 11 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Yusoh menyokong hasrat pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba...
MELAKA BAKAL MENGANJURKAN TEMASYA SUKAN OKU JULUNG KALI, MEI DEPAN
PENGKALAN BATU 11 April - Kerajaan Negeri bakal menganjurkan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Melaka buat julung kalinya yang...
MESRA TURUT FOKUS KEPADA ASPEK PENDIDIKAN, KEBAJIKAN RAKYAT
LENDU 11 April - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diangkat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, turut...
KEROSAKAN RUMAH, TANAH RUNTUH ANTARA ISU UTAMA PENDUDUK GADEK
GADEK 11 April – Aduan berkaitan kerosakan rumah, keperluan baik pulih serta isu tanah runtuh dikenal pasti sebagai antara masalah...
TOK RAOP GAMIT MEMORI BERGELAR PELAJAR SMK GHAFAR BABA
LENDU 11 April - Selepas 49 tahun meninggalkan Sekolah Kebangsaan Ghafar Baba (SMKGB), Masjid Tanah, memori zaman menimba ilmu ketika...
