Sorting by

×

WRUR DUN LENDU BAWA PELBAGAI INISIATIF, RAKYAT TERIMA MANFAAT

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

LENDU 31 Mei – Kejayaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang melabuh tirai hari ini membuktikan kerjasama dan kesepakatan semua pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu merangkap Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, program cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu mencapai matlamat apabila pelbagai inisiatif diumumkan Kerajaan Negeri untuk rakyat.

“Ternyata program ini merupakan platform terbaik kepada semua pihak terutamanya masyarakat dalam DUN Lendu apabila Kerajaan Negeri telah mengumumkan pelbagai inisiatif. Antaranya pembangunan, kebajikan, pendidikan dan lain-lain untuk keselesaan serta kesejahteraan rakyat.

“Kejayaan program ini juga merupakan bukti bahawa apa yang kita lakukan secara bekerjasama dan kesepakatan pasti membuahkan hasil terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program WRUR DUN Lendu yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Japerun Lendu, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan, Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Sulaiman berkata, penganjuran WRUR DUN Lendu juga membawa kepada penyelesaian segera pemasalahan rakyat yang diketengahkan hasil daripada komitmen semua pihak.

“Antara tindakan penyelesaian segera yang dibuat adalah naik taraf pembentung di Jalan Stulang Daeng di Kampung Masjid Tanah yang membabit kos RM20,000; penyelenggaraan Jalan Kampung Durian Daun dengan juga kos RM20,000 serta naik taraf dan penyelenggaraan Jalan Mad Yasin di Kampung Beringin yang menelan belanja RM25,000.

“Selain itu juga, pada 20 Mei lalu dua kampung iaitu Kampung Seri Tanjung dan Kampung Solok Air Batu telah selesai dibuat edaran pelekat kampung digital yang pastinya akan memberi manfaat kepada penduduk selepas ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1642
Kongsi :
Previous post ‘DATA BANK’ REKOD KEPERLUAN LOKALITI UNTUK DIBAWA KE WRUR
Next post INFRASTRUKTUR DUN LENDU DINAIK TARAF DEMI RAKYAT