
WRUR DUN SUNGAI UDANG : KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN MASYARAKAT DIBERI PERHATIAN
SUNGAI UDANG 31 Mei – Pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan masyarakat sedang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang bagi memastikan golongan memerlukan mendapat perhatian serta bantuan sewajarnya.
Justeru itu Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM1.21 juta sebulan telah diperuntukkan bagi menyantuni seramai 554 penerima bantuan yang layak di DUN itu.
“Bagi Program Ziarah Kasih pula kita telah mengadakan lawatan ke 250 rumah bagi pesakit terlantar, ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang berkemampuan dengan peruntukan sebanyak RM25,000.
“Melalui pelaksanaan WRUR DUN Sungai Udang ini juga, Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperuntukkan RM180,000 untuk Program Baik Pulih Rumah bagi membantu sembilan pemohon yang layak.
“Selain itu, sebanyak 34 penjaja telah menerima lesen perniagaan di bawah MBMB manakala dua usahawan tempatan dalam bidang tani dan ternak turut dibantu dengan pemberian baja dan mesin pertanian sesuai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program WRUR DUN Sungai Udang di Japerun Sungai Udang di sini, semalam.
Hadir sama Setiausaha Usaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Penyelaras DUN Sungai Udang, Datuk Rais Yasin; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.