Sorting by

×

WRUR DUYONG UKIR SENYUMAN ANAK-ANAK RUMAH KASIH

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

DUYONG 15 Julai – Seramai 20 anak-anak Rumah Kasih Tun Abdul Aziz (RKTAA) Durian Daun, di sini, diraikan bersempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka pada bulan ini.

Ia diadakan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang sedang berlangsung sehingga 26 Julai depan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, majlis itu diadakan sebagai lambang kasih dan sayang pemimpin negeri kepada anak-anak kurang bernasib baik berusia 3 tahun dan ke atas yang ditempatkan di rumah kasih itu.

“Keseluruhan penghuni RKTAA ini dianggarkan lebih 100 kanak-kanak di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka dan mereka ini merupakan anak-anak istimewa yang dijaga kebajikan mereka.

“Menerusi program ini kita harapkan ia sedikit sebanyak membawa kegembiraan dan memberi sinar harapan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui pada Program Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak Rumah Kasih Tun Abdul Aziz serta Program Cakna Kebajikan Ziarah Kasih di RKTAA Durian Daun, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Leng Chau Yen; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman serta kenamaan lain.

Pada majlis ringkas itu, kesemua kanak-kanak yang diraikan bersama-sama kenamaan telah memotong kek hari jadi, selain turut diberikan hadiah sempena ulang tahun kelahiran mereka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

421
Kongsi :
Previous post MURID DI DUYONG PEWARIS SENI, BUDAYA MELAKA
Next post SATU NEGERI, SATU TABIKA KEMAS AUTISME TAHUN DEPAN