Sorting by

×

WRUR JADI MEDAN SEMARAKKAN SEMANGAT KESUKANAN

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 14 Mei – Beberapa kejohanan bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kesukanan dan membudayakan amalan gaya hidup sihat akan dianjurkan bersempena Program Wakil Rakyat  Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan Sungai Udang.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam berkata jenis sukan yang diatur adalah bersesuaian dengan semua lapisan usia termasuk e-Sukan agar seiring dengan perkembangan dunia digital.

Katanya, antara yang disusun untuk mewarnai Program WRUR di Lendu adalah kejohanan bola sepak dan bola jaring bawah 15 serta 18 tahun dianjurkan bersama Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM) di Japerun Lendu pada 24 Mei nanti.

“Sementara itu pada 25 Mei pula kita anjurkan Klinik Bola Sepak bawah 18 tahun dan Klinik Bola Jaring bawah 18 tahun, manakala 31 Mei pula dianjurkan Senamrobik Fun Walk yang mana semua peringkat umur boleh menyertainya.

“Bagi Program WRUR DUN Sungai Udang pula kita rencanakan Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Rais dan Street Soccer Piala Datuk Rais pada 24 Mei ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shanmugam berkata turut disusun di Sungai Udang adalah Kejohanan Esport Mobile Legend Piala Datuk Rais pada 25 Mei, diikuti Fit Komuniti@Sungai Udang pada 31 Mei.

“Banyak kejohanan peringkat DUN akan dilaksanakan sempena WRUR DUN Sungai Udang, sekali gus menyemarakkan lagi semangat kesukanan komuniti setempat.

“Bermula di WRUR DUN Lendu dan DUN Sungai Udang semua program sukan akan diselaraskan di semua program WRUR,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

347
Kongsi :
Previous post NASI LEMAK CARA MELAKA BAKAL GAMIT PELANCONG
Next post SUAMI ISTERI BERDEPAN DETIK CEMAS KERETA LANGGAR GAJAH MELINTAS