Sorting by

×

WRUR JAMBATAN KUKUH PENGHUBUNG KERAJAAN DAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

LENDU 31 Mei – Kejayaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuala Linggi, Pengkalan Batu, Sungai Udang dan Lendu membuktikan iltizam Kerajaan Negeri dalam mendekati serta menyelesaikan permasalahan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kejayaan WRUR ini bukan sahaja memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memahami denyut nadi rakyat, malah mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran yang ada kini.

“Program WRUR ini merupakan jambatan perhubungan antara kerajaan dan rakyat, wakil rakyat berperanan penting dalam menyampaikan suara rakyat secara langsung.

“Setiap aduan, permintaan dan keperluan rakyat dibincang serta diambil tindakan segera oleh agensi atau jabatan yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian penutup WRUR DUN Lendu di Kompleks Japerun, Lendu di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka ke-12 merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Tambahnya, pelaksanaan WRUR di DUN Kuala Linggi, Pengkalan Batu, Sungai Udang dan Lendu telah membuahkan hasil yang positif, termasuk penyelesaian isu setempat seperti infrastruktur, kebajikan, peluang ekonomi dan perkhidmatan awam.

“Keberhasilannya adalah dari rakyat, untuk rakyat. Kita tidak mahu sekadar mendengar, tetapi turut menyelesaikan. Inilah keperihatinan Kerajaan Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

956
Kongsi :
Previous post WRUR DUN LENDU: 183 ISU RAKYAT DISELESAIKAN
Next post ISU JALAN RAYA, SALIRAN FOKUS UTAMA WRUR DUN LENDU