
WRUR KLEBANG SANTUNI LIMA ASNAF MUALAF
KLEBANG 7 Oktober – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang membuktikan impaknya kepada keseluruhan masyarakat, termasuk golongan asnaf mualaf.
Ia selepas program selama dua minggu itu turut menyelitkan inisiatif turun padang menyantuni asnaf mualaf di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai lima keluarga asnaf mualaf telah diziarahi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong, baru-baru ini.
Selain bertanya khabar, sesi ziarah itu turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan kepada keluarga berkenaan.
“Keluarga asnaf mualaf yang diziarahi adalah mereka yang menetap di Taman Rambai Emas, Taman Rambai Jaya, Taman Seri Rambai dan Taman Pulau Gadong.
“Kesemua mereka merupakan penerima bantuan MAIM dan segala aspek kebajikan termasuk pendidikan anak-anak mereka telah dipantau perkembangannya,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, ziarah kasih itu turut disertai Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Mohd Nasir Wahab; Persatuan Gabungan Dakwah Melaka (GDM) serta pemimpin-pemimpin masyarakat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ASPEK KEBERSIHAN MAKANAN JADI KEUTAMAAN MPHTJ
AYER KEROH 26 Februari - Pemantauan kebersihan secara harian dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di semua bazar Ramadan...
MAIM BANTU ANAK ASNAF BERSINAR DALAM TVET
AYER KEROH 25 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membuka ruang dan peluang kepada anak-anak asnaf menceburi bidang Pendidikan...
BOMBA MELAKA KONGSI REZEKI, CERIAKAN RAMADAN KELUARGA B40
PAYA RUMPUT 25 Februari - Sumbangan bakul Ramadan tanda keprihatinan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka sedikit sebanyak...
PENGENDALI MAKANAN DI MELAKA SEMAKIN MATANG, CAKNA ASPEK KEBERSIHAN
LENDU 25 Februari - Pengendali makanan termasuk peniaga pasar Ramadan di negeri ini semakin matang dan amat mengutamakan aspek kebersihan...
LEAD, WYF METERAI MOU ANGKAT SUARA PEKERJA GIG MELAKA
BUKIT KATIL 25 Februari - Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (LEAD) dan World Youth Foundation (WYF) memeterai memorandum...
1,340 CALON UPKK 2025 MELAKA PEROLEH 9A
PENGKALAN BATU 25 Februari - Melaka melakar pencapaian membanggakan dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) Tahun 2025...
