Sorting by

×

WRUR KLEBANG TUTUP TIRAI, 244 ADUAN RAKYAT DITERIMA, 33 DISELESAIKAN

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

KLEBANG 20 Oktober – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang menutup tirai dengan 244 aduan penduduk setempat diterima dalam tempoh dua minggu inisiatif turun padang menyantuni rakyat itu berlangsung.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata sebanyak 33 aduan telah diselesaikan, manakala selebihnya sedang dalam tindakan pelbagai agensi kerajaan.

“Pencapaian ini membuktikan keberkesanan Program WRUR sebagai medium penyampaian berkesan antara rakyat dan Kerajaan Negeri.

“Justeru, kita merasmikan penutup Program WRUR DUN Klebang dalam siri kelapan kali ini yang menyaksikan sambutan luar biasa daripada rakyat.

“Ia bukan sekadar program turun padang, tetapi manifestasi sebenar mendahulukan rakyat hingga ke akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup WRUR DUN Klebang di Dataran Klebang, di sini, semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong.

Ab Rauf turut menegaskan bahawa Program WRUR akan diteruskan ke 20 kawasan DUN yang lain sehingga penghujung tahun hadapan.

“Seterusnya, kita akan bawa WRUR ke DUN Durian Tunggal bermula 26 Oktober hingga 8 November 2025 ini.

“Program ini adalah hasil muafakat seluruh jentera kerajaan negeri, berpaksikan tekad untuk merakyatkan pentadbiran dan menyantuni rakyat secara menyeluruh,” katanya. ini

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

671
Kongsi :
Previous post PMR 2025: MELAKA REKOD HAMPIR 270,000 PENGUNJUNG