Sorting by

×

WRUR: ‘MASTERCLASS’ MHI DIDIK MASYARAKAT KOMUNIKASI ALAF BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KLEBANG 21 Oktober – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong memuji inisiatif Melaka Hari Ini (MHI) berkongsi kepakaran menerusi Digital Creator Masterclass (DCM) sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).

Katanya, program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu selari dengan keperluan dunia masa kini yang memerlukan penguasaan media sosial.

Katanya, masyarakat terutamanya pelajar, peniaga mahupun usahawan perlu mendalami ilmu digital kerana ia membantu menambah lagi keberkesanan komunikasi dengan dunia luar pada masa kini.

“DCM ini memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mempelajari teknik-teknik dan cara menghasilkan kandungan digital secara kreatif.

“Saya fikir melalui program ini selain belajar menghasilkan kandungan digital, ia dapat memupuk kesedaran masyarakat betapa pentingnya komunikasi alaf baharu.

“Di Klebang sendiri banyak perusahaan yang memerlukan sentuhan digital untuk mengorak langkah lebih tinggi,” katanya.

6314417256401668946
TENAGA pengajar memberi penerangan mengenai komunikasi berkesan depan kamera. Foto Iqmal Haqim Rosman

DCM sempena WRUR bakal menjelajah ke 28 DUN negeri ini berkongsi kepakaran digital iaitu fotografi, rekaan grafik, komunikasi berkesan depan kamera dan penghasilan video.

Ia membariskan tenaga pengajar berkaliber seperti Iqmal Haqim Rosman (fotografi), Akmal Noorli (reka grafik), Faris Haikal Zakaria (komunikasi berkesan depan kamera) dan Aufa ‘Izzati (penghasilan video).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

553
Kongsi :
Previous post USAHAWAN MELAKA HALAL HUB TAMPIL PRODUK BERINOVASI DI MIHF’25
Next post DEEPAVALI DISAMBUT MERIAH DI MELAKA