Sorting by

×

WRUR: ‘TOWN HALL’ BANTU JPKK FAHAMI DASAR KERAJAAN NEGERI, PERANAN EXCO

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

DURIAN TUNGGAL 27 Oktober – Sesi ‘town hall’ Exco Bersama Pemimpin Masyarakat membantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) memahami dan seterusnya menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat dengan lebih jelas serta tepat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil berkata, menerusi sesi itu setiap pengerusi JPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) berpeluang memahami portfolio setiap Exco Kerajaan Negeri.

“Kita mahu JPKK memahami peranan setiap Exco dan dasar atau inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri serta manfaatnya kepada rakyat. Hasil daripada sesi ini maklumat yang sampai kepada rakyat akan menjadi lebih jelas dan memberikan impak.

“Contoh, ramai baru tahu berkenaan geran dan pinjaman disediakan untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan selepas diterangkan sendiri oleh Exco terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini selepas sesi town hall’ dianjurkan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Durian Tunggal di Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa, hari ini.

Whatsapp image 2025 10 27 at 5.06.58 pm

PENGERUSI JPKK yang hadir mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat yang jelas berhubung dasar dilaksanakan kerajaan untuk manfaat rakyat Melaka.

Hadir sama, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin bersama timbalannya Datuk Tuminah Kadi@Mohd Hashim.

Zahari yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, program itu turut membuka ruang kepada JPKK mengemukakan aduan dan pertanyaan secara terus kepada Exco atau agensi terlibat.

“Sesi begini memudahkan JPKK berhubung terus dengan Exco tanpa banyak peringkat, jadi lebih mudah mereka mahu sampaikan maklumat kepada orang kampung masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

486
Kongsi :
Previous post IKHLAS BERNIAGA, PASANGAN SUAMI ISTERI JUAL SAYUR RM1
Next post IMAM MD YUSOF TERSENTUH DISANTUNI KETUA MENTERI