Sorting by

×

WTD 2025 LAIN DARIPADA YANG LAIN

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BANDARAYA MELAKA, 20 SEPTEMBER – Susunan acara Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 di Melaka pada 27 hingga 29 September hadapan disifatkan sebagai ‘lain daripada yang lain’ kerana bukan sekadar menyentuh pemain industri tetapi memberikan impak kepada masyarakat.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Chua Choon Hwa, memuji Kerajaan Negeri Melaka kerana tidak putus mempromosikan WTD 2025 dalam kalangan orang awam serta pemain industri.

“Kami (MOTAC) melihat Kerajaan Negeri Melaka begitu serius membuat persiapan WTD 2025, jadi pemilihan Melaka sebagai tuan rumah adalah amat tepat.

“Malah penganjuran Program Larian WTD 2025 Melaka Heritage Run, walaupun penganjuran di bawah Tourism Malaysia, namun Kerajaan Negeri turut bantu daripada segi promosi penyertaan dan hasilnya seramai 4,5000 orang mengambil bahagian pada larian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Program Larian WTD 2025 Melaka Heritage Run yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di sini, pagi tadi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad’ Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk P Manoharan serta Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Sementara itu, Manoharan memberitahu Larian WTD 2025 Melaka Heritage Run merupakan antara program pengisian dalam kalendar Minggu WTD dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2025 sebagai usaha menguar-uarkan penganjuran upacara berprestij itu di bumi Hang Tuah ini.

“Sebagai usaha memperhebatkan promosi WTD dan WTC 2025, Tourism Malaysia anjurkan Minggu WTD dan WTC 2025 yang mana pelbagai aktiviti dijalankan.

“Jadi Heritage Run ini adalah salah satu daripada program di dalam kalendar Minggu WTD dan WTC 2025 sebagai inisiatif kami uar-uarkan kepada semua rakyat Malaysia, khususnya di negeri ini, bahawa Melaka merupakan tuan rumah bagi penganjuran WTD dan WTC,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

467
Kongsi :
Previous post UBAH NASIB KELUARGA MELALUI PENDIDIKAN
Next post MPAG CERIAKAN LANDSKAP SAMBUT WTD 2025