Sorting by

×

WYF UKIR SENYUMAN 1,000 ANAK-ANAK B40 KEMBALI KE SEKOLAH

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 6 Januari – World Youth Foundation (WYF) mengukir senyuman kepada lebih 1,000 anak-anak dalam kalangan keluarga B40 di bawah Parlimen Hang Tuah Jaya menerusi sumbangan Kembali Ke Sekolah.

Pengerusi WYF Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, sumbangan itu merupakan program tahunan pihaknya dalam meringankan beban ibu bapa, selain menyuntik semangat untuk anak-anak berjaya dalam pendidikan.

Menurut beliau, dalam menjayakan program tersebut, pihaknya telah bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pusat beli belah serta pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

“Setiap anak-anak terpilih akan menerima vaucar RM100 bagi pembelian kelengkapan sekolah mereka, di mana kesemua mereka merupakan dalam kalangan keluarga B40 dan dipilih oleh pemimpin masyarakat.

“Sumbangan ini memanfaatkan murid dan pelajar berbilang kaum dalam empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Hang Tuah Jaya dan kita berharap ia dapat memberi satu semangat baharu untuk anak-anak ini berjaya pada masa sakan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Happy To School 2026 anjuran WYF bersama Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) dan Malakoff Corporation Berhad di sebuah pusat beli belah, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi PENDIKA Amir Mamat; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sektor Pembangunan Murid, PPD Melaka Tengah Hasrul Amenuddin Mohd Salleh dan Setiausaha Agung WYF Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Mohd Ridhwan berkata, program Happy To School 2026 merupakan inisiatif julung kali pihaknya dalam menyantuni para pengamal media menerusi sumbangan baucar kelengkapan sekolah.

Menurut beliau, inisiatif itu bertujuan menghargai peranan petugas-petugas media yang telah banyak membuat liputan dan memberi impak positif kepada masyarakat di Melaka.

Terdahulu, pada program itu, seramai 100 anak-anak pengamal media Melaka menerima sumbangan berupa baucar pembelian kelengkapan sekolah bernilai RM70 dan beg sekolah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

530
Kongsi :
Previous post PROGRAM AI AWARENESS RAKYAT DIGITAL SASAR 560 BELIA MELAKA
Next post SKETSA RETRO, LAYAR HITAM PUTIH JADI TARIKAN MALAM DI MALAYSIA HERITAGE STUDIOS