Sorting by

×

YB ALONG KONGSI BERITA GEMBIRA, 18 KEDIAMAN ORANG ASLI DIBERI WAJAH BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

ASAHAN 8 April – Kediaman sudah uzur menjadi tempat berteduh 18 keluarga di empat penempatan masyarakat Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal dibaik pulih dan diberikan wajah baharu tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, perkara itu dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi mendapatkan bantuan bersesuaian, sekali gus menyediakan kediaman lebih selesa kepada mereka berkenaan.

“Ini antara usaha saya lakukan bagi memastikan keluarga ini dapat menghuni kediaman yang lebih selesa dan alhamdulillah kelulusan peruntukan telah diumumkan oleh Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh selaku Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri.

“Sebanyak 18 kediaman terpilih itu meliputi empat kampung Orang Asli di DUN Asahan iaitu Gapam Baru, Bukit Seraya, Air Sialang dan Solok Terentang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Karnival Sukan Orang Kita (Masyarakat Orang Asli) yang dianjurkan bersempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Asahan di Padang Awam Kampung Masjid Baru, pada Isnin.

Terdahulu, karnival tersebut telah disempurnakan Dr. Muhamad Akmal dan hadir sama Pegawai Daerah Jasin, Datuk Rahizi Ranom dan Pengarah JAKOA Negeri Sembilan/Melaka, Shahrani Idderis.

Menurut Fairul Nizam, selain peruntukan baik pulih rumah berjumlah RM59,000 sejumlah RM 20,000 turut diluluskan untuk turapan jalan di Kampung Orang Asli Bukit Seraya.

“Turapan ini membabitkan jalan ke tanah perkuburan Orang Asli, pada tahun lepas kita sudah selesai turapan di tanah perkuburan Gapam Baru dan tahun ini di Bukit Seraya pula,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

342
Kongsi :
Previous post WRUR ASAHAN: TAK PERLU LAGI PANJAT BUKIT CARI ‘LINE INTERNET’
Next post WRUR ASAHAN: BIMBING USAHAWAN KAMPUNG BERKEMBANG