Sorting by

×

‘ZEAS’ PACU PEMBANGUNAN EKONOMI TIGA NEGERI, DISOKONG 4 PROJEK UTAMA

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

SERI NEGERI 9 Disember – Zon Ekonomi Anjung Selatan (ZEAS) yang dicadang untuk diwujudkan membabitkan tiga negeri iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan bakal menjadi satu medium terbaik kerjasama projek pembangunan berimpak tinggi dan mampu menjana pertumbuhan ekonomi mampan antara tiga buah negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ZEAS dicadang untuk melengkapkan pembangunan infrastruktur selain meningkat ekonomi pelbagai sektor termasuklah perindustrian, pelancongan, pertanian dan infrastruktur bukan sahaja untuk ketiga-tiga negeri, tetapi juga negara.

Bagi menyokong pembangunan ZEAS, beliau menjelaskan, terdapat empat projek yang menjadi keutamaan, antaranya projek lebuh raya West Coast Expressway (WCE) yang melibatkan jajaran dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (KLIA) melalui Banting hingga ke Gelang Patah, Johor yang akan melalui Negeri Sembilan dan Melaka.

“Seterusnya, adalah Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang juga menjadi permintaan ketiga-tiga negeri untuk menjadi kluster ekonomi baharu, di mana perkara ini akan dibincangkan bersama Kementerian Ekonomi.

“Ketiga, kewujudan zon ekonomi tiga negeri iaitu Maharani Freeport, Johor; Straits of Waterfront Economic Zone (SM-WEZ), Melaka dan Smart AI Container Port, Negeri Sembilan yang diwujudkan bagi ketiga-tiga negeri dapat memasarkan produk masing-masing tanpa perlu bersaing, sebaliknya menyokong antara satu sama lain.

“Manakala, projek terakhir ialah Jelapang Padi Anjung Selatan yang turut melibatkan kawasan Sungai Rambai, di mana ia bukan sahaja memperkasa pertanian, tetapi juga memacu sektor pelancongan tiga negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Siti Faizah Abdul Azis (BN-Sungai Rambai) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai berkata, satu bengkel telah diadakan membabitkan ketiga-tiga negeri bagi memperincikan lebih lanjut mengenai pembangunan ZEAS.

Jelas beliau, dapatan daripada bengkel itu akan dibentang ke Mesyuarat Jawatankuasa Wilayah dan dibentang ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sebelum ia diangkat ke Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

324
Kongsi :
Previous post BAJET NEGERI MELAKA 2026: WIFI PERCUMA DIPERLUAS DI LUAR BANDAR
Next post DURIAN TUNGGAL JADI ZON PERTUMBUHAN EKONOMI BAHARU MELAKA