Sorting by

×

ZOO MELAKA MILIKI KLINIK DAN DAPUR HAIWAN

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 9 Januari – Zoo Melaka memberi penekanan serius terhadap aspek pemakanan dan kesihatan haiwan menerusi pengoperasian ‘Klinik dan Dapur Haiwan’.

Bahagian Jualan dan Pemasaran Zoo Melaka Ezuwan Mazelan berkata, setiap haiwan di Zoo Melaka menerima diet khusus mengikut spesies dan peringkat usia termasuk di kawasan ‘Petting Zone Zoo Melaka’.

Jelas beliau, inisiatif itu bagi memastikan kebajikan setiap haiwan yang berada di zoo berkenaan sentiasa terpelihara.

“Untuk haiwan sepertu kambing, kita sediakan dedak dan rumput napier sebagai makanan utama, manakala arnab pula diberikan pelet khas mengikut usia. Bagi haiwan lain seperti ular, makanan khas turut disediakan mengikut keperluan masing-masing.

“Selain makanan utama terdapat juga makanan ringan yang diberikan secara terkawal terutamanya bagi haiwan di zon interaksi pengunjung,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Zoo Melaka.

Tambah Ezuwan, aspek kesihatan haiwan dipantau rapi melalui Klinik dan Dapur Haiwan yang menempatkan doktor veterinar sepenuh masa di dalam Zoo Melaka.

“Doktor veterinar kami berada di zoo setiap hari untuk memantau tahap kesihatan semua haiwan termasuk di Petting Zone.

“Penjaga zoo pula memantau keadaan haiwan secara harian dan akan melaporkan sebarang perubahan tingkah laku atau selera makan.

“Sekiranya terdapat haiwan menunjukkan tanda-tanda kurang sihat, doktor veterinar akan segera menjalankan pemeriksaan lanjut dan haiwan itu akan diasingkan sementara bagi rawatan dan pemantauan rapi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3065
Kongsi :
Previous post PENDUDUK SOKONG BINA STRUKTUR TELEKOMUNIKASI, LERAI DILEMA ‘LINE SIPUT’
Next post KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN DI PENGKALAN BALAK