Sorting by

×

‘ZOOMANJI’ @ ZOO MELAKA TAWAR KESERONOKAN AKTIVITI BERKUMPULAN

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 22 Januari – Program Zoomanji @Zoo Melaka yang berkonsepkan aktiviti luar menarik kini semakin mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan warga institusi pengajian tinggi, malah syarikat korporat dan swasta seluruh negara.

Pengarah Zoo Melaka, Dr. Zahidah Izzati Zeid berkata, program itu diwujudkan dalam usaha mengangkat Zoo Melaka sebagai sebuah pusat rekreasi berkonsepkan pendidikan dan pemuliharaan.

Menurutnya, Zoomanji @Zoo Melaka menyediakan platform kepada pelbagai pihak berminat untuk menganjurkan pelbagai aktiviti berkumpulan antaranya seperti ‘team building’, hari keluarga dan lain-lain lagi bagi menyokong operasi Zoo Melaka.

6307432948088639044
GIMIK penyerahan gazebo dan penanaman pokok oleh Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) kepada Zoo Melaka pada Program Zoomanji @ Zoo Melaka. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

“Terbaharu, sebuah badan korporat Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) berpangkalan di Kuala Lumpur menyertai Zoomanji @Zoo Melaka ini melalui pelaksanaan aktiviti berkonsep ‘treasure hunt’.

“Selain itu, MTC turut menyumbang sebuah gazebo untuk pengunjung istirahat, penanaman 34 pokok dan sumbangan RM10,000 kepada Zoo Melaka.

“Peserta pada program ini bukan sahaja beriadah dan menjalani aktiviti berkumpulan, tetapi turut diberi pendedahan mengenai haiwan di zoo ini serta kepentingan usaha pemuliharaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

6307432948088639031
PENGARAH Zoo Melaka, Dr. Zahidah Izzati Zeid. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Mengulas lanjut, Dr. Zahidah Izzati berkata, penyertaan sektor korporat secara berterusan dilihat mampu menyokong kelangsungan operasi zoo.

Tambahnya, program itu juga dapat memperkukuh peranan Zoo Melaka sebagai pusat rekreasi mesra komuniti dan keluarga.

“Usaha ini juga secara tidak langsung menjadikan Zoo Melaka bukan sekadar destinasi pelancongan, malah sebuah pusat rekreasi yang menawarkan pengalaman bermakna kepada pengunjung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

408
Kongsi :
Previous post PORTUGAL IKTIRAF MELAKA NEGERI UNIK, KAYA KEPELBAGAIAN BUDAYA
Next post 60,000 ‘HEALING’ DI TANJUNG TUAN