1,000 cenderahati diedarkan buat pengunjung – Jailani

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 15 Okt. – Sebanyak 1,000 cenderahati diedarkan buat pengunjung yang datang ke Melaka hari ini sempena kebenaran merentas negeri berkuat kuasa Isnin lalu.

Exco Pelancongan Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, sambutan itu turut diadakan di tiga pintu masuk Negeri Melaka iaitu di Tol Ayer Keroh, Tol Simpang Ampat dan Melaka Sentral.

“Cenderahati yang diberikan ini meliputi Kit COVID-19, bahan promosi, air mineral, cecair pembasmi kuman dan pelitup muka.

“Kita harap orang ramai sentiasa mainkan peranan bagi memastikan tidak berlaku jangkitan COVID-19 selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan.

“Dan kita juga dimaklumkan setakat ini sebanyak 98 peratus penggiat industri pelancongan telahpun menerima suntikan vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong Ke Negeri Melaka Sempena Kebenaran Merentas Negeri di Plaza Tol Ayer Keroh, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad; Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mariman, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, Saari Basiron dan Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali.

Menurutnya, setakat ini BPP merekodkan sebanyak 258 penggiat industri pelancongan Melaka telah menerima sijil pengesahan lengkap dua dos suntikan vaksin.

“Saya juga menyeru kepada semua penggiat industri pelancongan agar dapat melaksanakan kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi sebanyak tiga kali sehari,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1085
Kongsi :
Previous post R&R dibenar beroperasi penuh bermula esok
Next post Op Merah: 183 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada penunggang e-hailing
Ubah saiz-+=