Sorting by

×

1,000 VETERAN ATM MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN TERIMA PJM

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 16 Jun – Seramai 1,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Melaka dan Negeri Sembilan menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) pada Majlis Penganugerahan PJM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata penganugerahan itu merupakan kurniaan atas keperwiraan dan pengorbanan tentera dalam melaksanakan kewajipan kepada negara.

Katanya, PJM adalah antara pingat terkanan dalam susunannya berbanding anugerah-anugerah yang sama kelas seperti Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS).

“Majlis penganugerahan ini melibatkan anggota veteran termasuk balu dan waris veteran ATM sebagai tanda penghargaan masyarakat atas jasa pahlawan negara sehingga dapat menikmati keamanan hari ini.

“Majlis Penganugerahan PJM telah dikoordinasi oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM sejak 3 Mac 2004 dan sehingga hari ini seramai 48,364 warga veteran ATM yang memenuhi syarat telah menerima PJM,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan PJM.

Hadir sama, Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datuk Semaon Marjuki; Panglima 3 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dan kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Adly berkata Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa prihatin berhubung nasib dan hal ehwal berkaitan veteran ATM dengan memastikan kesejahteraan mereka terpelihara.

“Pelbagai usaha memperkasa veteran ATM ini dilaksanakan antaranya pada tahun 2025, Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM dalam Pelan Strategik MINDEF 2021-2025 dan pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

524
Kongsi :
Previous post MAUT GARA-GARA KERETA BUAT PUSINGAN U
Next post JAWATANKUASA KHAS TANGANI ISU PETANI BUKAN WARGANEGARA – EXCO