
NELAYAN DILAPORKAN HILANG DITEMUKAN LEMAS BERHAMPIRAN TANJUNG RHU
Pegawai Bomba Kanan II Ikmal Hafiz Shamsudin berkata lelaki berusia 41 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada 1.45 pagi.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 8.36 malam dan sebuah Light Fire Rescue Tender serta satu utiliti dengan kekuatan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing digegaskan ke lokasi kejadian.
Pasukan Keluaran Operasi kemudian membuat pencarian di pesisir pantai berhampiran dengan kawasan Tanjung Rhu bersama-sama penduduk kampung.
Operasi tamat sepenuhnya pada 2 pagi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MBMB AMBIL SERIUS DAKWAAN BECA ‘SCAM’
AYER KEROH 14 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil serius terhadap dakwaan ada pengayuh beca mengenakan caj tambahan...
WRUR GADEK: MPAG ‘CERIAKAN’ RUMAH WARGA EMAS DERITA KANSER HATI
GADEK 14 April - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menterjemahkan keprihatinannya terhadap kesukaran ditempuh golongan sasar menerusi Program Masyarakat Di...
MAIM SALUR BANTUAN AIDILADHA, SOKONG PERSIAPAN JEMAAH HAJI
PENGKALAN BATU 14 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan membantu golongan asnaf serta menyokong persiapan jemaah...
ROSNAH SETIA JAGA SUAMI TERLANTAR AKIBAT ANGIN AHMAR
GADEK 14 April – Kunjungan kepimpinan Kerajaan Negeri memecahkan kesunyian di kediaman Rosnah Abu, 69, selain menceriakan wanita ini yang...
MPHTJ PERGIAT OPERASI TURUNKAN PAPAN IKLAN HARAM
AYER KEROH 14 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) terus mempergiat operasi menurunkan papan iklan haram dan lusuh...
TEMPOH PENYELESAIAN MASALAH LEBIH SINGKAT, WRUR TERBUKTI MEMUDAHKAN RAKYAT
GADEK 14 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan sahaja mengubah birokrasi malah terbukti mampu menyelesaikan permasalahan rakyat...

