PENJAWAT AWAM PEMACU AGENDA KERAJAAN – AB RAUF

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 17 November – Penjawat awam Melaka perlu memastikan setiap perancangan Kerajaan Negeri dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan seterusnya mencapai semua sasaran yang dirancang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, penjawat awam merupakan instrumen penting dalam merealisasikan perancangan kerajaan, selain memastikan setiap dasar digariskan dapat disampaikan kepada rakyat.

Beliau berkata, satu gerak kerja akan dilaksanakan bagi memastikan setiap perancangan kerajaan berjalan mengikut jadual dan mencapai sasaran ditetapkan.

“Kita tidak mahu apabila tiba hujung tahun, setiap tahun kita tidak dapat mencapai apa yang dirancangkan. Penjawat awam merupakan instrumen paling penting untuk melaksanakan apa yang telah kita gariskan.

“Penjawat awam juga bertanggungjawab memastikan dasar kerajaan sampai kepada rakyat dan pastinya, untuk sampai kepada rakyat, wakilnya ialah wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan ‘clock-in’ hari pertama tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 bagi penggal kedua di Pejabat Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Khairul Azreem Mamat; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Md Azhan Samat dan Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

178
Kongsi :
Previous post PAIP, JALAN DAN SALIRAN JADI KEUTAMAAN 100 HARI RIDZUAN DI BUKIT KATIL