Sorting by

×

10,000 KOMUNITI JAWA PAYA DALAM SEPAKAT PERTAHAN ADAT DAN TRADISI

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 18 Mei – Arus pemodenan, tidak menghakis identiti komuniti Jawa di Kampung Paya Dalam, Ayer Molek yang sehingga ke hari ini masih sepakat mempertahankan pertuturan bahasa ibunda, budaya dan adat warisan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman berkata, mungkin masih ramai tidak mengetahui bahawa Melaka juga mempunyai komuniti Jawa yang besar sama seperti di Johor dan Selangor.

“Kampung Paya Dalam menjadi lokasi tumpuan komuniti Jawa dengan jumlah lebih 10,000 orang. Sebagai orang kampung saya juga membesar dalam suasana di penempatan komuniti Jawa, sejak kecil memang saya didedahkan dengan adat, kesedian dan warisan kebanggaan kami.

“Antara keistimewaan orang Jawa adalah kami terkenal dengan sifat lemah-lembut, sabar dan tidak gemar menunjuk-nunjuk, namun tetap tegas dalam membuat keputusan,” katanya semasa Podcast Melaka Hari Ini (MHI) Mana Lagi? Melaka Ler di Studio MHI.

Beliau yang juga Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, jika orang Melayu menyelitkan keris dibahagian hadapan pinggang orang Jawa pula meletakkan senjata berkenaan di belakang badan.

“Apa yang tersirat adalah menggambarkan sifat masyarakat ini yang mengutamakan kesabaran sebelum bertindak. Apabila keris itu terhunus, itu keputusan muktamad kerana orang Jawa tidak main-main dalam membuat keputusan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

59
Kongsi :
Previous post ‘QR TAGGING’ LEMBU, KERBAU BANTU TANGANI KES HAIWAN BERKELIARAN DI JASIN – MPJ
Next post NOSTALGIA ‘RUMAH DALAM AIR’