
10,000 meriahkan Aidilfitri di Sungai Udang
SUNGAI UDANG 4 Mei – Lebih 10,000 pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Sungai Udang yang diadakan di Japerun Sungai Udang, malam tadi.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.
Majlis yang bermula seawal jam 8 malam itu turut menyediakan lebih 20 jenis juadah buat tetamu yang hadir.
Difahamkan tetamu yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar dan seluruh Negeri Melaka, termasuk warga tentera dari Kem Terendak Sungai Udang.
Menurut Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin, majlis tersebut turut diwarnai dengan persembahan artis terkenal tanah air, Hattan.
“Istimewanya malam ini kita bawakan Hattan yang menyanyikan lagu-lagu malar segarnya, selain penyanyi tempatan, Yasser Fikri yang popular dengan lagu Senandung Anak Melaka.
“Lebih istimewa lagi, juadah-juadah yang kita sajikan kepada pengunjung adalah air tangan ‘rewang’ warga Japerun Sungai Udang serta sajian dodol panas ‘home made’ istimewa buat tetamu yang hadir,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HOHO CRUISE SUNGAI MELAKA PACU KONSEP ‘PAY LESS SEE MORE’
DUYONG 12 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkukuh kerjasama strategik bersama pemain industri pelancongan di negeri...
MTD PROPERTIES RAI PEMILIK BAHARU RUMAH MAMPU MILIK BERKUALITI TINGGI DI AYER KEROH
AYER KEROH 12 Februari – MTD Properties meraikan kejayaan projek perumahan MTD Cinerea Heights dengan penyerahan kunci rumah (Vacant Possession)...
PERCUTIAN NOSTALGIA RUMAH KAMPUNG TENGAH BANDAR
KOTA LAKSAMANA 12 Februari - Mahu merasai pengalaman bercuti sambil mengimbau nostalgia menginap di rumah tradisional, namun mahukan lokasinya berada...
KADAR ZAKAT FITRAH MELAKA DITETAPKAN RM8, RM15 DAN RM22
BUKIT PALAH 12 Februari - Zakat fitrah bagi Negeri Melaka tahun ini ditetap pada tiga kadar iaitu RM8, RM15 dan...
SISTEM MYASNAF JAMIN KETELUSAN BANTUAN MAKANAN BULANAN MAIM
TELOK MAS 12 Februari - Sistem MyAsnaf yang dibangunkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan terus diperkasakan bagi memudahkan golongan...
KARNIVAL DEMI PAYA RUMPUT DAPAT SAMBUTAN HEBAT
PAYA RUMPUT 12 Februari - Penganjuran Karnival Demi Paya Rumput bukan sekadar aktiviti hiburan dan kemasyarakatan, sebaliknya menjadi platform penting...

