
11 bayi baru lahir maut dalam kebakaran hospital di Senegal
DOUALA (Cameroon), 26 Mei – Sebelas bayi baru lahir maut dalam kebakaran di unit neonatal sebuah hospital di bandar Tivaouane, barat Senegal.
“Saya amat sedih dengan insiden kebakaran di jabatan neonatal di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di Tivaouane yang meragut nyawa 11 bayi. Kepada ibu dan keluarga mangsa saya amat bersimpati,” kata Presiden Senegal, Macky Sall di Twitter, lapor Agensi Anadolu.
Kebakaran dikatakan berpunca akibat litar pintas, menurut Datuk Bandar Tivaouane, Diop Sy.
“Unit neonatal musnah dalam kebakaran. Tragedi itu berlaku kira-kira pukul 8 malam,” memetik laporan Dakaractu.com.
Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan telah pun mengaktifkan unit bencana sementara menunggu siasatan menyeluruh dibuat.
Pada April 2021 empat bayi maut dalam kebakaran di hospital bersalin di Linguere yang dipercayai berpunca daripada kerosakan elektrik unit penghawa dingin.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK RAUF MAHU KEBAJIKAN, KESELESAAN MANGSA BANJIR DIUTAMAKAN
PAYA RUMPUT 12 Julai - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu aspek kebajikan mangsa banjir ditempatkan di...
MELAKA TELITI LANGKAH TERBAIK TANGANI BANJIR BERULANG – AB RAUF
PAYA RUMPUT 12 Julai - Kerajaan Negeri akan melakukan kajian bagi mencari langkah penyelesaian terbaik untuk menangani permasalahan banjir berulang...
INISIATIF JENGKAUT MINI: PROSES GALI KUBUR KINI SIAP KURANG SATU JAM
KUALA LINGGI 12 Julai - Proses menguruskan pengebumian jenazah umat Islam di Melaka menjadi lebih efisien dan cepat menerusi pelaksanaan...
PELANTAR TINJAU BAKAL SERLAH PESONA SUNGAI KESANG
SUNGAI RAMBAI 11 Julai – Pengunjung bakal menikmati panorama Sungai Kesang dari sudut pandangan baharu menerusi pembangunan lookout point (pelantar...
NAIK TARAF PASAR WILAYAH TAMAN KOTA LAKSAMANA TINGKAT KESELESAAN PENIAGA
KOTA LAKSAMANA 12 Julai – Kerja naik taraf Pasar Wilayah Taman Kota Laksamana dengan peruntukan keseluruhan hampir RM1 juta memberi...
MERCU TANDA ‘I LOVE’ BERMULA DI KESIDANG
KESIDANG 12 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang menjadi perintis kepada penggunaan papan tanda berkonsepkan 'I LOVE' yang kini...

