Sorting by

×

115 ALUMNI ITMCJ’84 BUKIT SIPUT ‘LEPAS RINDU’

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 17 November – Seramai 115 alumni Institut Teknologi MARA (ITM) kini Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bukit Siput, Johor bagi kemasukan 1984 hingga 1988 berkumpul bagi pertemuan semula dan mengukuhkan lagi silaturahim persahabatan yang terjalin sejak lebih empat dekad lalu.

Penasihat Alumni ITMCJ’84 Bukit Siput, Roslan Hussein berkata pertemuan semula pada Majlis Alumni ITMCJ’84 Bukit Siput Kali Ke-7 itu merangkumi peserta pelbagai profesion dan latar belakang.

Katanya, meskipun pengajian tamat 40 tahun lalu, hubungan mereka yang rata-ratanya sudah bersara masih utuh dengan penganjuran majlis ‘reunion’ secara santai di sebuah hotel di sini.

“Persatuan alumni ini bukanlah sahaja menghargai jalinan ukhwah yang sudah terbina sejak sekian lama, sesama rakan malahan ia juga menjadi wadah kebajikan sesama ahli dan meraikan bekas-bekas pensyarah.

“Ada diantara kami ini berlainan profesion, kerja dalam dan luar negara, tidak lupa juga yang sudah pergi ke negeri abadi.

“Sebab itu setiap kali majlis reunion kita laksanakan, pasti akan bermula dengan majlis doa selamat, bacaan yasin dan tahlil,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambahnya, pemilihan lokasi Melaka pada tahun ini adalah berikutan menyokong Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) seterusnya menjadi medium untuk bertemu rakan-rakan.

“Ada dalam kalangan kami ini mempunyai gelaran, ada juga masih dalam perkhidmatan atau sudah bersara.

“Majlis reunion ini kami laksanakan secara dwi tahunan dan seiring dengan kemajuan teknologi, sedikit sebanyak membantu kami ‘berjumpa’ dalam talian.

“Ikatan persaudaraan semakin erat dengan kemudahan teknologi terutama aplikasi dan laman sosial yang mesra pengguna seperti kami,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

59
Kongsi :
Previous post PERTANDINGAN GOLF PIALA KETUA MENTERI BERLANGSUNG SERENTAK DI EMPAT LOKASI
Next post POLIS TAHAN LELAKI WARGA ASING GADUH, KOREK MATA
Ubah saiz-+=