
1,229 pemidato rebut Piala TYT
AYER KEROH 15 September – Seramai 1,229 pemidato menyertai Pertandingan Pidato Rukun Negara Sebagai Prinsip Perpaduan dan Kestabilan Rakyat Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Negeri Melaka tahun ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, Kerajaan Negeri melahirkan rasa bangga apabila pertandingan itu kini dipelopori dalam kalangan anak muda.
Katanya, antara penyertaan tertinggi direkodkan ialah membabitkan pelajar sekolah rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) terlibat membabitkan pelbagai negeri antaranya Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, penganjuran kali ketiga sejak dua tahun lalu itu diharap mampu menjadi antara program tahunan dalam takwim negeri sekali gus mampu menjadi nilai tambah dalam memperteguhkan Keluarga Malaysia menerusi penghayatan Prinsip Rukun Negara.
Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
84 KOMUNITI MADANI JADI JENTERA AKAR UMBI SEMARAK KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
AYER KEROH 16 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka digerakkan bagi perhebat kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan...
AMBULANS PBT MELAKA KENDALI 600 KES KECEMASAN
AYER KEROH 16 Ogos - Lebih 600 kes kecemasan telah dikendalikan menerusi Operasi Ambulans (OBT Ambulans) Kerajaan Negeri Melaka, iaitu...
‘SAYA TIDAK MAHU ADA RAKYAT TIADA MAKANAN DI RUMAH’
TELOK MAS 16 Ogos – Komitmen membantu golongan memerlukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas tidak terhad kepada program...

