13 bas tambahan ke Pantai Timur menjelang Aidilffi

Masa Membaca:55 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 April – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) meluluskan permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) perayaan untuk tambahan 13 buah bas ekspres bagi menampung peningkatan penumpang sempena Aidilfitri.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan, Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, secara keseluruhan APAD menerima 19 permohonan namun enam telah ditolak.

Katanya, sebahagian besar permohonan LPS yang diluluskan adalah bagi trip perjalanan dari Melaka Sentral menuju ke destinasi di Pantai Timur.

“Kesemua permohonan membabitkan bas ekspres yang mematuhi segala syarat lesen permit khas bas tambahan.

“Setakat ini tidak berlaku kekurangan tiket, ulat tiket dan sebagainya, semua terkawal,” katanya pada sidang media selepas mengagihkan 500 pek bungkusan makanan kepada perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing melalui Program SWM Kasih Santun Ramadan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Melaka Sentral, semalam.

Mengulas lanjut Hameed turut memberi jaminan pihaknya akan sentiasa memantau keselamatan penumpang dan pemandu menuju destinasi seluruh negara.

“Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan bekerjasama dengan APAD dalam memastikan keselamatan penumpang tiba ke destinasi dengan selamat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

77
Kongsi :
Previous post Bekalan bawang dijamin cukup, harga terkawal
Next post 3 kawasan perindustrian berteknologi tinggi dibangunkan di Melaka – MIDA
Ubah saiz-+=