2023 tahun perhebat Melaka – KM

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

MACHAP JAYA 24 Januari – 2023 adalah tahun bagi memperhebatkan kesemua lokasi tumpuan dalam negeri sebagai persediaan menyambut kehadiran pelancong bersempena Tahun Melawat Melaka 2024.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) merancang untuk melakukan persiapan rapi selama setahun (tahun 2023) untuk mengemaskan lagi kawasan pelancongan sedia ada dan mewujudkan produk pelancongan baharu.

Sulaiman berharap sekiranya ada produk pelancongan baharu, ia diwujudkan dalam kadar segera supaya dapat menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke Negeri Melaka.

“Selain itu saya dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Machap Jaya, Ngwe Hee Sem, beliau berhajat untuk mewujudkan sebuah kawasan atau produk pelancongan baharu bagi menggamit pelancong berbangsa Cina dan pelancong asing khusus dari negara China, di sini.

“Seperti di Machap Umboo ini, lokasi sesuai dijadikan tempat mengambil gambar kenangan, berswafoto dengan dekorasi yang menarik.

“Sekiranya ada produk baharu untuk mengangkat lokasi ini, saya berharap Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) boleh membantu bagaimana untuk membangunkan kawasan ini, sekali gus menarik lebih ramai pelancong ke Machap, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka di Dewan Besar Kampung Permai Machap Umboo, di sini, malam tadi.

Hadir sama, isteri Ketua Menteri Datin Seri Utama Munira M. Yusop, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Adun Machap Jaya, Ngwe Hee Sem.

Turut hadir, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam dan Adun Klebang Datuk Lim Ban Hong.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2885
Kongsi :
Previous post Gigih biak rama-rama kebangsaan
Next post Trafik lebuh raya utama negara dijangka sesak mulai tengah hari
Ubah saiz-+=