23 mangsa banjir berada di PPS daerah Bandar Baharu

Masa Membaca:59 Saat

ALOR SETAR, 14 Dis – Seramai 23 mangsa banjir daripada 11 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) daerah Bandar Baharu dekat Kulim setakat pukul 8 pagi ini berbanding 21 orang daripada sembilan keluarga malam tadi.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu Lt (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata penduduk dari Mukim Bagan Samak itu berada di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu yang dibuka pada pukul 8 malam tadi.

“Trend semasa ialah aliran air sungai berdekatan bergerak secara perlahan dan paras air telah pun menurun, tetapi rumah penduduk terlibat ini masih ada air berserta lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rahim berkata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah itu akan menjalankan operasi pembersihan rumah penduduk berkenaan pagi ini selain terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan yang dinaiki air.

Banjir itu berlaku selepas hujan lebat yang agak luar biasa melebihi tempoh sejam pada 3.15 petang semalam sehingga menyebabkan air melimpah serta saliran parit tersumbat sehingga air memasuki rumah penduduk di mukim tersebut.

Penduduk terjejas adalah dari Kampung Parit Nibong, Kampung Asam Kumbang, Taman Cahaya Nilam dan kawasan di sekitar Sungai Tepus.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1230
Kongsi :
Previous post Ekonomi Malaysia dijangka pulih 2022 – Mustapa
Next post Peter Anthony diperintah bela diri tuduhan palsukan surat pejabat UMS
Ubah saiz-+=