
2,500 BAKAT SENI BERSATU DI KLEBANG
KLEBANG 29 Ogos – Langkah kecil penari cilik berusia lima tahun bakal bergandingan dengan penari dewasa, menyatukan 2,500 bakat seni dalam kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka di Dataran 1Malaysia Klebang pada 31 Ogos ini.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka Ezlina Elias berkata, setakat ini persiapan peserta berada di tahap akhir selepas menjalani latihan selama sebulan.
“Para jurulatih dan peserta kita sanggup berpanas dan berhujan demi memastikan semua persembahan berada di tahap terbaik,” katanya kepada Melaka Hari Ini pada pra-raptai sambutan berkenaan di Dataran 1Malaysia Klebang, di sini, pada Jumaat.
Ezlina berkata, persembahan itu bukan sekadar mengetengahkan seni dan budaya, malah menyemai semangat kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan generasi muda.
“Dari segi fizikal, mereka memang sudah bersiap sedia sepenuhnya. Cuma beberapa bahagian utama seperti busana masih kita rahsiakan dan insya-Allah penonton akan kagum apabila tiba masanya,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERZIM BUKA PELUANG RAKYAT MASUK MUZIUM LUAR BANDAR PERCUMA 31 OGOS INI
BANDA HILIR 28 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyahut inisiatif Kerajaan Negeri menawarkan kemasukan percuma ke enam muzium di...
WAKAF KESIHATAN: MAIM AJAK RAKYAT KUMPUL SAHAM PAHALA BERPANJANGAN
AYER KEROH 28 Ogos - Setiap sumbangan menerusi Wakaf Kesihatan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi menjadi saham pahala berpanjangan,...
LIMA KAPAL PERANG TLDM DIBUKA UNTUK LAWATAN, EMPAT SESI BERMULA ESOK
KLEBANG 28 Ogos - Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset pertahanan negara apabila lima kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia...
SUK TINJAU PERSIAPAN HARI KEBANGSAAN DI KLEBANG
KLEBANG 28 Ogos - Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Wira Salhah Salleh meninjau persiapan akhir Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat...
KING KING PULANG KE ‘RUMAH’ DI ZOO MELAKA
AYER KEROH 28 Ogos - Selepas lebih dua tahun 'merantau' Harimau Malaya jantan, King King akhirnya kembali ke 'rumahnya' di...
70,000 DIJANGKA ‘BANJIRI’ KLEBANG SEMPENA HARI KEBANGSAAN
KLEBANG 28 Ogos - Dianggarkan 50,000 hingga 70,000 pengunjung bakal membanjiri Dataran Klebang pada 31 Ogos ini bagi menyaksikan Perbarisan...
