27 anak ular sawa Burma Albino berjaya dibiakkan

Masa Membaca:1 Minit, 55 Saat

AYER KEROH 16 Julai – Sepasang ular sawa Burma Albino berjaya menetaskan 27 ekor anak ular sejak 11 Julai lalu di Santuari Taman Rama-Rama dan Reptilia di sini.

Pengurus santuari Taman Rama-Rama dan Reptilia Qurratu Ain Rahamin Nordin berkata ibu kepada anak-anak ular sawa yang baru menetas diberi nama Bella berusia sembilan tahun manakala pasangannya sejenis ular sawa Burma Albino Granite pula diberi nama Snow.

Jelasnya, ular sawa Burma albino turut dikenali sebagai ‘python’ dan ular sawa jenis itu merupakan yang terbesar dan terberat sehingga boleh mencecah lebih 100 kg.

“Sepasang ular sawa itu menghasilkan 30 biji telor dan 27 daripadanya telah menetas manakala tiga lagi belum menetas,” katanya ketika ditemui di Santuari Taman Rama-Rama dan Reptilia di sini hari ini.

QURRATU Ain (kiri) bersama pekerja santuari Aishah menunjukkan demo untuk memegang anak-anak ular sawa Burma Albino

Pasangan haiwan reptilia itu antara tarikan yang didapati di taman berkenaan semepena Hari Ular Sedunia tanggal 16 Julai ini.

Beliau berkata, sempena Hari Ular itu, pihak santuari turut membuat pelbagai pengenalan untuk orang awam mengenali ular-ular yang terdapat di santuari itu.

“Pelbagai program interaktif berkenaan ular akan dilaksanakan antaranya, ‘New Skin New Me’ kenapa ular salin kulit, kepntingan ular salin kulit, dan kita pamer kulit ular.

“Selain itu, kita juga ada program ‘Myth Buster’ iaitu mitos-mitos berkenaan ular dalam masyarakat, ‘Hissing Story’ pula menceritakan kesan dan akibat dari tindakan pembalakan tidak terkawal kepada ular dan pelbagai lagi aktiviti menarik serta pelawat juga diberikan kesempatan untuk bergambar bersama ular,” katanya.

Santuari Taman Rama-Rama dan Reptilia itu juga mempunyai tujuh spesis ular paling berbisa di dunia antaranya ular kapak tokong dan ular tedung selar atau ‘king cobra’.

Pelbagai jenis haiwan, serangga dan reptilia dari pelbagai negara dipamerkan di Santuari Taman Rama-Rama dan Reptilia yang terletak betul-betul di pintu masuk bersebelahan Plaza Tol Ayer Keroh.

Untuk tiket bagi sepanjang bulan Julai, bagi pakej Keluarga termasuk harga untuk dua makanan haiwan iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak berharga RM95, manakala untuk tiga dewasa dan satu kanak-kanak bernilai RM100 dan empat dewasan bernilai RM105.

Untuk tiket individu berharga RM25 untuk dewasa dan kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun berharga RM20.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4947
Kongsi :
Previous post Lorong kiri, kecemasan Tapah-Bidor arah selatan ditutup lima hari minggu depan
Next post Polis tahan rakan wanita yang disyaki terlibat kes bunuh suami
Ubah saiz-+=