
28 mangsa dipindahkan ke PPS Kampung Paya Lebar
ALOR GAJAH 10 Julai – Satu pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di Daerah Alor Gajah bagi menempatkan empat keluarga yang terjejas banjir susulan hujan lebat pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan berkata PPS Balai Raya Kampung Paya Lebar mula dibuka pada jam 12.15 tengah hari tadi bagi menempatkan empat keluarga itu.
Menurutnya, empat keluarga itu terdiri daripada 28 mangsa yang terkesan banjir di Kampung Sungai Jernih, Kampung Paya Lebar dan Ramuan China Besar.
“Terdahulu, jumlah mangsa banjir adalah seramai 23 mangsa namun setakat jam 4 petang tadi, jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 28 orang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
27-29 SEPTEMBER 2025, MELAKA BAKAL JADI TUMPUAN DUNIA
BANDA HILIR 6 Julai - Tanggal 27 hingga 29 September depan bakal melakar satu lagi sejarah baharu buat Negeri Melaka...
MALAYSIA DIIKTIRAF LIMA DESTINASI PALING MESRA MUSLIM
BANDA HILIR 5 Julai - Malaysia kini telah diiktiraf di kedudukan lima terbaik destinasi paling mesra Muslim di seluruh dunia....
MELAKA PERKENAL LEBIH 800 INISIATIF PELANCONGAN SEMPENA WTD 2025
BANDA HILIR 5 Julai - Melaka telah memperkenalkan lebih 800 inisiatif pelancongan menarik pada tahun ini bagi merealisasikan sasaran kehadiran...
MELAKA SUDAH SEDIA JADI TUAN RUMAH ACARA PELANCONGAN DUNIA
BANDA HILIR 5 Julai - Melaka telah membuktikan kesediaan menjadi tuan rumah acara pelancongan dunia iaitu Hari Pelancongan Sedunia (WTD)...
MEMARTABATKAN SENI WARISAN MELAYU, MANIFESTASI MENYATUKAN NUSANTARA
BANDA HILIR, 5 Julai – Seni dan budaya yang melangkaui sempadan bangsa mampu menjadi jambatan perpaduan serantau dan wahana diplomasi...
KAMPUNG DIGITAL: JANGAN BERLENGAH TUKAR ALAMAT KAD PENGENALAN
BEMBAN 5 Julai - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban yang sudah menerima alamat digital baharu diminta untuk segera...