
30 individu termasuk penganjur perhimpunan #Turun dipanggil beri keterangan
KUALA LUMPUR, 24 Julai – Polis memanggil seramai 30 individu termasuk penganjur perhimpunan #Turun untuk diambil keterangan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata individu yang dipanggil untuk hadir pada esok dan Selasa itu akan dimaklumkan identiti mereka selepas polis selesai merakamkan keterangan masing-masing.
“Polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum sebarang tindakan lanjut akan diambil,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 terhadap perhimpunan tersebut yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.
Perhimpunan yang diadakan semalam dihadiri kira-kira 100 individu terdiri daripada mahasiswa serta ahli politik, dipercayai tidak mematuhi peruntukan undang-undang.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR BANDA HILIR: CHAU YEN TERUSKAN MISI DEKATI GOLONGAN MEMERLUKAN
BANDA HILIR 4 Jun - Usaha mendekati golongan memerlukan menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Hilir Leng Chau...
AIDILADHA AJAR MUALAF ERTI PENGORBANAN, BERKONGSI REZEKI
KESIDANG 4 Jun – Penglibatan dalam Projek Sunduk Korban bukan sekadar memberi peluang kepada seorang mualaf untuk berbakti kepada masyarakat,...
JKM SINGGAH DI LEBIH 1,400 KEDIAMAN SEPANJANG WRUR
BANDA HILIR 3 Jun - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni penghuni dalam kalangan golongan kurang berkemampuan di 1,450 rumah seluruh...
WRUR BANDA HILIR : SENTUHAN MESRA WAKIL RAKYAT BUAT PENDUDUK RASA DIHARGAI
BANDA HILIR 3 Jun - Kunjungan wakil rakyat ke rumah penduduk menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
RANCAKKAN AKTIVITI UNTUK ANAK MUDA
MACHAP JAYA 3 Jun - Program-program untuk anak muda akan terus dirancakkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya sebagai...
UNIMEL SEMAKIN DISEGANI, JADI PILIHAN RAMAI
KUALA LINGGI 3 Jun - Kemampuan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) untuk melahirkan graduan berkualiti dan mengikut keperluan pasaran kerja semasa...
