3,000 hadiri majlis kesyukuran Maal Hijrah

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BUKIT PALAH 18 Julai – Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka 2023 berlangsung meriah apabila disertai kira-kira 3,000 orang.

Hadirin yang hadir bukan sahaja dalam kalangan dewasa malah ibu bapa tidak melepaskan peluang membawa bersama anak-anak kecil untuk turut dalam majlis agama.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun dan diikuti doa awal tahun Hijrah sebelum masuknya waktu Maghrib yang dibacakan Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

IMG_9109
Jemaah yang membaca surah yassin pada Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ yang diadakan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. Foto: MR. AZLI

Usai bacaan doa, majlis diteruskan dengan solat Maghrib dan solat hajat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Al-Azim Datuk Mohammad Hashim Al-Hafiz sebelum diteruskan dengan doa kesyukuran.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Badaruddin Mohd Kassim.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1803
Kongsi :
Previous post Elak sentuh kedudukan Raja-Raja dalam wacana perbahasan politik – PM Anwar
Next post Hampir 500,000 anggota ATM dan pasangan terlibat undi awal PRN – Adly
Ubah saiz-+=