
30,000 dijangka lawat Pameran Hang Tuah
BANDA HILIR 10 Julai – Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menyasarkan lebih 30,000 pelawat akan mengunjungi Pameran Hang Tuah di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sehingga 28 Julai ini.
Pengurus Besar Perzim, Erne Hamsah berkata bagi mencapai sasaran itu pihaknya menjemput penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta untuk mengunjungi pameran berkenaan.
“Setakat Sabtu lalu (6 Julai) kita merekodkan lebih 15,000 pengunjung yang datang ke Pameran Hang Tuah, jadi tidak mustahil sehingga hujung bulan ini sasaran 30,000 orang mampu dicapai.
“Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh juga meminta Perzim menjemput pelajar IPT awam dan swasta. Mungkin mereka tunggu masa bersesuaian untuk datang ke pameran ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Erne berkata bagaimanapun para pelajar IPT perlu membayar tiket masuk pameran itu mengikut kadar yang telah ditetapkan.
“Sebelum ini kita fokus murid sekolah, sekarang kita pelajar IPT pula kerana kita mahu mereka ini kenal siapa itu Hang Tuah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELANCONGAN MELAKA TAWAN DUNIA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Melaka kini menjadi tumpuan dunia apabila negeri ini dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pelbagai...
MASA DEPAN MELAKA SEMAKIN BAIK
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Masa depan Melaka kini semakin baik apabila nilai pelaburan masuk ke negeri ini terus meningkat,...
390 CALON SPM MELAKA RAIH SEMUA A
ALOR GAJAH 31 Mac – Seramai 390 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Melaka berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A,...
MELAKA SEJAHTERAKAN HIDUP RAKYAT, KEBAJIKAN LEBIH 100,000 GOLONGAN MEMERLUKAN TERBELA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Mensejahterakan hidup rakyat Melaka menjadi antara pencapaian utama pentadbiran Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun...
PERJUANGAN SAYA UNTUK RAKYAT TIDAK AKAN BERAKHIR – KM
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Walaupun tempoh Kerajaan Negeri akan berakhir pada hujung tahun ini, namun Ketua Menteri Datuk Seri...
3 TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI: ‘BIAR RAKYAT MENILAI’
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi ruang kepada rakyat untuk menilai sendiri...
